Friday 25 December 2015

Filled Under:

Ajaib,Bayi Ini Lahir Pada Usia Kandungan 5 Bulan


Seorang bayi akhirnya dibenarkan pulang ke rumahnya di sini selepas dilahirkan pada usia 23 minggu dalam kandungan.

Bayi ajaib tersebut, Wade Burgess sepatutnya dilahirkan bulan lepas tetapi lahir lebih awal pada 14 Jun dengan berat cuma 1.3 kilogram.

Berikutan keadaan itu, Wade terpaksa disambungkan dengan mesin keselamatan selama empat bulan menyebabkan ibunya, Donna tidak dapat menyentuhnya dan hanya melihat dari dinding kaca kerana dia terlalu lemah.



“Tidak dapat menyentuhnya merupakan saat yang amat memeritkan tetapi Wade merupakan bayi yang sangat ajaib,” kata Donna yang kini gembira dapat memeluk anaknya itu.




Wade bagaimanapun masih memerlukan sokongan oksigen bagi membantunya bernafas kerana paru-paru yang lemah tetapi doktor berharap dia tidak mendapat mempunyai masalah kesihatan dalam jangka masa panjang.

Kelahiran normal berlaku apabila bayi dalam kandungan berusia antara 39 hingga 41 minggu. – Agensi




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers