Sunday 24 January 2016

Filled Under:

Bosan Hidup Bujang, Seorang Lelaki Rusia Pilih Berkahwin Dengan Pizza.


Perkahwinan biasanya dilakukan oleh sepasang lelaki dan perempuan untuk mengikat janji hidup bersama. Namun apa jadinya jika perkahwinan itu justru terjadi antara seorang manusia dan sekotak pizza?

Perkara  yang baru-baru ini berlaku di Rusia. Dilaksanakan di sebuah restoran pizza di bandar Tomsk, seorang lelaki 22 tahun berasal dari Russia melangsungkan perkahwinan dengan sekotak pizza kesukaannya.



Tukang masak dan pengurus di restoran tersebut dipilih untuk menjadi saksi pernikahan unik ini, bahkan mereka memberikan "pasangan" itu sebuah "sijil perkahwinan" yang tentu saja tidak rasmi. perkara ini dilakukan kerana kerajaan Rusia menolak untuk merasmikan perkahwinan tersebut dan gereja tidak ingin mengahwinkan mereka.



Si "pengantin" wanita terlihat begitu nipis dan rangup serta menggunakan tudung kepala, sementara si pengantin lelaki menggunakan pakaian terbaiknya. Lelaki yang tidak diketahui namanya ini memilih berkahwin dengan pizza setelah bosan hidup bujang. Dia juga mengatakan jika cinta antara dua manusia terlalu rumit, sedangkan pizza tidak akan pernah menolak atau mengkhianati, dan tidak membebel.




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers