Sunday, 17 April 2016

Filled Under:

Hanya Makan Roti Bawang Putih Selepas Pulih Dari Kanser.


Seorang kanak-kanak yang bertarung dengan penyakit kanser di sini hanya mampu makan roti bawang putih sejak lapan tahun lalu kerana mengalami kesan sampingan selepas menjalani rawatan kimoterapi.

Billy Turner, 11, disahkan menghidap kanser sel darah putih atau limfoma Hodgkin pada tahun 2008 menyebabkan dia ketagih dengan makanan roti sekali gus tidak mampu makan makanan lain.

“Saya berasa makanan akan bergerak turun melalui tekak apabila saya cuba makan makanan lain menyebabkan saya hanya menggemari roti bawang putih,” kata Turner.

Menurut ibunya, Louise Blackshaw, anaknya yang kini telah bebas daripada kanser masih enggan makan makanan melainkan roti bawang putih.



“Dia mula memiliki selera makan yang pelik selepas menjalani kimoterapi.

“Walaupun telah bebas daripada kanser, namun dia masih tidak mahu mencuba makanan lain. Saya kini terpaksa mendapatkan bantuan daripada pakar hipnosis,” katanya.

Turner disahkan menghidap penyakit kanser semasa berusia tiga tahun dan telah menjalani enam bulan sesi rawatan kimoterapi pada tahun 2008.

Sementara itu, pakar jururawat kanan penyakit kanser, John Newlands berkata, kebanyakan pesakit yang menjalani rawatan kimoterapi menyebabkan selera makan dan deria rasa berubah. – AGENSI




0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs