Sunday 17 April 2016

Filled Under:

Menarik, Kerajaan Australia Sediakan Parkir Khas Untuk Wanita Bertemakan Warna Pink.



Kerajaan Perth, Australia menyediakan tempat letak kereta khas wanita di beberapa tempat. Program ini dilakukan untuk meningkatkan keselamatan wanita di Perth.

Yang menarik, parkir khas wanita ini direka dengan tema pink.Jumlah Keseluruhan yang  ada 28 tempat letak kereta khusus wanita yang tersebar di seluruh penjuru Perth.

Selain berwarna pink, tempat letak kereta ini juga mempunyai lokasi yang lebih dekat dengan pintu keluar. Tempat letak kereta tersebut juga dilengkapi dengan kamera CCTV.

"Tujuan dari percubaan program ini adalah untuk menyediakan pilihan parkir di bandar ini," kata Ketua Dewan Bandar Perth Martin Mileham. "Kami ingin meningkatkan perkhidmatan kami untuk masyarakat."

"Tempat parkir semacam ini sudah banyak diterapkan di negara-negara lain," tambahnya. "Kerana itulah kerajaan bandar cuba menerbitkan program ini."

Sistem parkir semacam ini memang telah dilaksanakan di beberapa negara seperti Jerman, China dan Korea. Meskipun bertujuan baik, tetapi program ini ternyata juga masih mendapat kritikan. 




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers