Monday, 2 May 2016

Filled Under:

Inilah Hotel Mewah Diatas Pokok Yang Wajid Anda Ketahui.

Pengunjung melihat hidupan liar seperti singa, gajah, harimau bintang secara semula jadi.

Beberapa hotel unik di seluruh dunia menawarkan pengalaman menginap di bilik-bilik yang dibina di kawasan terbuka sambil menyaksikan keindahan alam semula jadi.

Hotel-hotel itu ada yang dibina di atas pokok, di dalam hutan dan lereng bukit untuk memberikan pengalaman berbeza kepada pelancong.

Beberapa gambar yang dimuat naik di internet menunjukkan sebuah hotel mewah lima bintang dibina di atas beberapa batang pokok di Taman Negara Kruger, Afrika Selatan.

Hotel itu dibina di atas pokok untuk membolehkan pengunjung melihat hidupan liar seperti singa, gajah, harimau bintang secara semula jadi.

Bilik hotel itu dilengkapi dengan sebuah katil, sofa dan meja makan.


Pengunjung Hotel L’Albereta Relais & Chateaux akan tidur berbumbungkan langit sambil memerhatikan kerlipan bintang.

Sementara itu, Hotel L’Albereta Relais & Chateaux di Erbusco, Itali pula menyediakan bilik yang tidak berbumbung.

Hotel unik itu mampu menimbulkan suasana romantis pada waktu malam khusus untuk pasangan kekasih dan suami isteri. Pengunjung akan tidur berbumbungkan langit sambil memerhatikan kerlipan bintang.


Para pelancong boleh menginap di atas pokok serta mandi-manda di sebuah kolam semula jadi di tengah hutan.

Sementara itu, Rumah Pokok Bangkok di Thailand memberi peluang kepada pelancong untuk menyaksikan keindahan alam semula jadi.

Para pelancong boleh menginap di atas pokok serta mandi-manda di sebuah kolam semula jadi di tengah hutan.

Malah, Rumah Pokok Bangkok itu mempunyai peraturan untuk mengeluarkan 1 kilogram sampah dari Sungai Chao Phraya setiap kali menerima tempahan. – Agensi




0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs