Monday 29 August 2016

Filled Under:

Piala Malaysia-Negeri Sembilan kekang Kedah di Paroi.



NEGERI Sembilan dan Kedah masih mempunyai peluang untuk bangkit pada suku akhir kedua Piala Malaysia 2016 apabila tiada jaringan dicipta di Stadium Tunku Abdul Rahman pada pertemuan pertama di Paroi.

Finalis Piala Malaysia 2015, Kedah mula mendapat rentak selepas perlawanan memasuki minit ke- 15 berikutan Negeri Sembilan berjaya memberikan persaingan sejak wisel permulaan ditiupkan.

Pelawat mempunyai lima peluang untuk menjaringkan gol terutamanya menerusi Thiago Augusto Fernandes dan Baddrol Bakhtiar selepas setengah jam perlawanan berlangsung namun berjaya dinafikan oleh penjaga gol Hoben Jang Hoben, Kaharuddin Abd Rahman .

Tuan rumah juga sesekali mencuba menerusi satu percubaan Khairul Anuar Shahrudin pada minit ke-20 namun tepat kepada penjaga gol Kedah, Ifwat Kamal.

Hijau Kuning terus mengasak kubu tuan rumah untuk memburu jaringan awal juga menerusi Thiago pada minit ke-33 dan hanya berdepan Kaharuddin sahaja namun sedikit tersasar hasil lorongan Liridon Krasniqi.

Pertahanan pelawat, Bang Seung Hwan turut mencuba nasib dengan melakukan tandukan pada minit ke-41 namun tepat ke arah Kaharuddin.

Separuh masa kedua bermula, Kedah meneruskan tempo permainan tinggi dengan melakukan asakan berterusan ke kubu pasukan tuan rumah namun masih gagal menemui gol pertama yang dicari-cari.

Negeri Sembilan juga turut menyusun serangan dari kawasan sendiri dan melakukan serangan pantas menerusi Afiq Azmi bagaimanapun pertahanan pelawat berjaya membaca dan mengekang pergerakan penyerang tinggi lampai itu.
Keputusan 0-0 yang mahu diubah oleh kedua-dua pasukan bagaimanapun kekal sehingga tamat perlawanan.sumber




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers