Wednesday 14 September 2016

Filled Under:

1007 Robot Menari Beramai-ramai Catat Rekod Dunia.


Sejumlah 1,007 robot menari selama seminit di wilayah Shandong, timur China sekali gus mencatatkan rekod dunia Guinness World Record bagi kategori tarian robot serentak.

Rekod dunia sebelum ini melibatkan 540 buah robot menari di bandar Shenzhen, selatan China yang dicatatkan pada Februari lalu.

Agensi berita Xinhua melaporkan pada asalnya, sejumlah 1,040 robot yang setiap satu setinggi 43.8 sentimeter telah melakukan cabaran itu di bandar pelabuhan Qingdao.

Namun, hanya 1,007 robot berjaya menari selama seminit.

“Cabaran terbesar untuk alat kawalan jauh robot-robot ini adalah gelombang radio dari sumber-sumber lain termasuklah telefon bimbit,” kata Ketua Pegawai Teknologi Syarikat Ever Win yang membina robot-robot itu, Quan Jingyou.

Jingyou berkata, syarikatnya menggunakan teknologi penyulitan untuk mengurangkan gangguan itu. – dpa





Jom saksikan video berikut ini:






3 comments:

Nuffnang Ads

Followers