Tuesday, 6 September 2016

Filled Under:

Banggunan Tinggi Ini Tiada Lif.



Sebuah bangunan setinggi 200 meter, InTempo, yang dibina di Benidorm, dianggap sebagai ‘wawasan masa depan’ dan menjadi simbol pemulihan Sepanyol daripada krisis kewangan.

Bangunan kediaman 47 tingkat itu juga dianggap sebagai menara apartmen paling tinggi di Eropah.


Tetapi, dengan hanya beberapa bulan sebelum ia dapat disiapkan, kontraktor menyedari mereka berdepan dengan masalah. Mereka terlupa membina lif.

Bangunan itu mulanya direka untuk ketinggian 20 tingkat saja. Bagaimanapun, pemajunya yang bercita-cita tinggi mengambil keputusan menggandakan ketinggiannya pertengahan jalan.



Lif yang ada hanya untuk 20 tingkat pertama sementara hanya terdapat tangga untuk menaiki tingkat lebih atas.


Menurut laporan akhbar tempatan, El Pais, tidak ada ruang lagi untuk menempatkan satu lagi lif.

Ia antara beberapa masalah yang dihadapi projek itu.

Menurut laporan itu, pekerja binaan yang tidak dibayar gaji selama empat bulan pada 2010 sebelum projek itu dihentikan, terpaksa naik dan turun tangga selama beberapa bulan kerana ketiadaan lif perkhidmatan.

Lif yang dipasang sehingga 23 tingkat pertama pula runtuh pada Julai 2011.














0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs