Tuesday, 6 September 2016

Filled Under:

Bawang Putih Boleh Panjangkan Umur dan Menurunkan Darah Tinggi .



Setiap manusia pasti mengenali bawang putih. Rasanya yang khas dan aroma yang harum menjadikan bawang putih sebagai salah satu bahan
 masak yang tidak lepas dari pelbagai jenis masakan. Selain dikenal beraroma khas dan rasa yang khas pula, bawang putih juga dikenali sebagai bahan masakan yang mempunyai pelbagai manfaat buat kesihatan juga kecantikan.

Penelitian menyebutkan bahawa nutrisi dan zat antioksidan di dalam bawang putih sangat baik untuk mencegah risiko kanser, mencegah risiko sakit jantung, anti bakteria dan anti virus. Ia juga dipercayai mampu mencegah serta menurunkan risiko darah tinggi juga mengubatinya. Bahkan  dikutip dari laman prevention.com, bawang putih dikenali sebagai salah satu bumbu masakan yang boleh  panjangkan umur.

Kajian menyebutkan bahawa kandungan nutrisi, antioksida juga sebatian sulfur yang disebut allicin dalam bawang putih dikatakan mampu menurunkan tekanan darah tinggi, menurunkan kolesterol dan mencegah risiko stroke atau pun jantung. Kerana hal inilah, tidak hairan jika bawang putih dipercayai mampu memanjangkan umur seseorang.

Tidak hanya menurunkan tekanan darah, mencegah kanser, strok atau menurunkan kolesterol dan memanjangkan umur, penyelidik juga percaya bahawa nutrisi yang terkandung di dalam bawang putih juga mampu bantu seseorang menurunkan berat badan dengan baik.


 Bawang putih juga dipercayai mampu menjadi ubat sakit gigi alami yang ampuh, meningkatkan metabolisme dan zat besi dalam tubuh, mencegah risiko nyanyuk atau alzheimer hingga bantu membuat kulit menjadi lebih bersih, putih dan bebas dari jerawat dan bintik hitam.


Bernardo LaPallo, seseorang dengan usia lebih dari 100 tahun berasal dari  Brazil mendedahkan bahawa rahsia panjang umurnya adalah dengan pengambilan bawang putih secara rutin setiap hari dengan hidangan yang tepat. Perkara ini dilakukan oleh LaPallo kerana si ayah yang seorang doktor herba menyarankan agar dirinya sentiasa mengambil bawang putih demi memperoleh umur panjang.

 Tidak hanya memakan bawang putih, LaPallo juga selalu bersemangat menjaga pola hidupnya sehari-hari, perbanyak pengambilan sayur dan buah juga memastikan bahawa fikirannya selalu  bahagia dan tenang.




3 comments:

  1. bawang putih memang penuh khasiat antioksidan tinggi

    ReplyDelete
  2. namun tak sembarang orang suka

    ReplyDelete
  3. iya juga dapat membantu pelancaran aliran darah

    ReplyDelete

Followers

networkblogs