Tuesday, 6 September 2016

Filled Under:

Mangkuk Jamban Ditaburi Belian Paling Mahal Didunia.



Pernahkah korang membayangkan duduk di atas tandas bertaburkan kristal swarovski? Imaginasi korang boleh menjadi kenyataan dengan tandas duduk yang dipamerkan di Shanghai ini.

Berlapiskan 72 ribu kristal swarovski, tandas tersebut dipamerkan di China International Kitchen & Bathroom Expo 2015 di Shanghai. Tandas duduk itu berjaya menarik perhatian pengunjung yang hadir.




Tandas tersebut merupakan ciptaan dari Ginza Tanaka, seorang pereka berasal dari Jepun. Ginza selama ini dikenali melalui seleranya akan benda-benda mewah.

Ia mengambil masa sebulan untuk melapisi tandas duduk itu dengan kristal swarovski. Prosesnya menghabiskan dana sebanyak US $ 128 ribu . Tandas tersebut khusus dibuat untuk mereka yang mendambakan kemewahan di bilik mandi.

Tandas mewah ini akan dijual kepada pengunjung yang berminat. Menurut seorang jurujual di acara, tandas itu dihargai RMB 388 ribu . Tidak diketahui kenapa tandas tersebut dijual lebih murah daripada harga pembuatannya.




0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs