Wednesday 14 September 2016

Filled Under:

Buang Tulang Rusuk Kerana Cantik.


Menggemari suatu watak dalam filem merupakan perkara yang wajar untuk dilakukan. Namun, tidak jarang perasaan suka ini boleh berubah menjadi obsesi yang berbahaya.



Salah satunya seperti yang dilakukan seorang perempuan yang tinggal di North Carolina bernama Pixee Fox. Perempuan yang berasal dari Sweden ini taksub mengubah bentuk tubuhnya menjadi seperti watak idolanya Jassica Rabbit.



Bahkan, demi mewujudkan impiannya itu ia rela menghabiskan wang US $ 121 ribu  untuk siri pembedahan plastik. Prosedur yang ia jalani antara lain adalah empat kali penambahan saiz payudara, empat kali operasi hidung, sedut lemak dan mengangkat punggung.



Tidak hanya itu, Pixee juga menjalani sebuah prosedur yang sangat berbahaya untuk mengurangkan lilitan pinggang. Ia membuang 6 tulang rusuknya demi kelihatan lebih langsing.

Bahkan, ia mengabaikan nasihat doktor untuk berehat selama enam minggu dan nekad menggunakan korset hanya dua hari selepas operasi. Demi menjaga bentuk tubuhnya, Pixee hanya mengambil makanan organik dan rajin bersenam.



Meskipun menghabiskan wang banyak dan menjalani pembedahan yang menyakitkan, Pixee mengaku berpuas hati dengan hasilnya. Dalam blognya Plasticdoll Transformation, ia bahkan menuliskan "Aku mengubah diriku dari manusia menjadi watak kartun hidup".Jom saksikan video berikut ini;

 




3 comments:

Nuffnang Ads

Followers