Thursday 15 September 2016

Filled Under:

Gadis ini Perlu 6 tahun Pembedahan Plastik untuk Ubah Wajahnya Jadi Seperti Ini


 Ellie Jones mempunyai bentuk wajah yang berbeza sejak lahir. Tulang bahagian bawah pada wajahnya tidak berkembang sempurna sejak ia berusia 8 tahun.

Seperti diterbitkan gabancomel dari Metro.co.uk, keadaan rahang yang kurang sempurna itu baru diketahui masa Ellie berkunjung ke doktor gigi untuk mengatasi bentuk gigi yang tidak teratur. Doktor gigi, Joy Hickman, menyedari bahawa bentuk gigi Ellie yang berantakan disebabkan oleh keadaan rahang Ellie yang tidak berkembang dengan sempurna.

Sejak saat itu, selama hampir 6 tahun, Ellie menjalani pelbagai pembedahan plastik. Salah satu PEMBEDAHAN besar adalah pemotongn pada rahangnya secara menegak dan mendatar, serta beberapa pembedahan di kawasan dagu.

"Walaupun pembedahan ini penuh penderitaan dan terasa menyakitkan, namun akhirnya saya merasa boleh menjadi diri sendiri," kata Ellie.
Kini Ellie yang sebelumnya pemalu boleh tampil lebih berkeyakinan. Gadis yang kini bekerja sebagai pelayan kedai , bercita-cita menjadi seorang jurugambar. Doktor pakar pembedahan plastik tidak hanya mengubah penampilan Ellie, tetapi juga mengubah hidup dan masa depannya.








0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers