Saturday, 3 September 2016

Filled Under:

Simpan Bangkai Dalam Dasar Sungai.

 Bagi  haiwan pemangsa, makanan merupakan aspek yang sangat penting. Oleh sebab itu, sedikit saja ada sebisan  makanan, maka mereka akan selamat jika perut mereka sudah penuh. Seperti harimau yang rela membawa makanannya ke atas pokok.

Tetapi
kadang-kadang taktikal kurang berjaya. Namun bagi  dubuk ini, ia memilih sesuatu yang tidak BOLEH dilakukan haiwan lain. Ia menyimpan daging di dasar sungai, cara ini boleh dikatakan aneh dan cerdik, apalagi untuk saiz binatang liar.

 Kejadian yang jarang berlaku ini berjaya diabadikan oleh seorang jurugambar bernama Anja Denker, saat melakukan kunjungan e Etosha, Namibia. Awalnya ia tidak tahu apa yang dilakukan dubuk ini, apabila pergi ke sebuah sungai, dan menyelam.

Namun ketika binatang dengan rahang terkuat itu muncul, ia menggigit daging. Sehingga boleh disimpulkan dengan jelas, jika dubuk termasuk haiwan liar yang bijak. Kemungkinan besar, bau dari daging boleh menyebabkan pemangsa lain datang dan merebut daging tersebut. Sedangkan jika disimpan di dasar sungai, maka bau tersebut tidak akan tercium pemangsa lain. Namun kekuatan ingatan menjadi kuncinya.

Persaingan di alam liar memang kejam, jika mereka tidak mampu menyimpan dan memburu makanan, maka ia akan kelaparan dan mati.








0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs