Sunday 30 October 2016

Filled Under:

15 Tahun Wisel Tertanam Dalam Badan.



Wisel sebenarnya merupakan sebuah alat yang ditiup untuk menandakan sebuah pertandingan. Namun entah apa yang difikirkan oleh lelaki ini dengan meniup wisel terlalu kuat sehingga tanpa sedar menelannya dan akhirnya tertanam dalam tubuhnya selama bertahun-tahun.

 Liu Yougang, seorang lelaki berasal dari China baru-baru ini boleh bernafas dengan lega setelah doktor melakukan pembedahan wisel dalam tubuhnya . Sebelumnya ia dikhabarkan menelan wisel tersebut semasa kecil dan membiarkannya tertanam dalam tubuhnya selama 15 tahun. 

Lelaki berumur 23 tahun itu mendedahkan bahawa wisel itu tertanam di bahagian bronkus tengkorakannya. "Wisel ini termasuk dalam tubuh saya selama bertahun-tahun dan telah rosak secara beransur-ansur," katanya sesaat selepas pembedahan. Liu mengaku gembira selepas wisel ini berjaya dikeluarkan dalam tubuhnya.

 Ia mendedahkan bahawa wisel tersebut mendatangkan pelbagai kesengsaraan dalam dirinya seperti kesukaran bernafas. Bahkan suara wisel itu boleh terdengar nyaring ketika ia mendengkur dalam tidurnya.




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers