Sunday, 6 November 2016

Filled Under:

Buah Labu Seberat 869 kg Terbesar di Britian.


Seorang petani di sini berjaya menghasilkan tanaman buah labu seberat 869 kilogram (kg) yang dipercayai terbesar di Britain.

Buah labu setinggi 1.2 meter (m) dengan ukur lilitnya 5.4m itu ditanam oleh pasangan kembar, Stuart dan Ian Paton, 55, di kawasan rumah mereka.

Menurut Stuart, setiap hari mereka akan menyiram air sebanyak 378 liter bagi memastikan buah labu itu membesar secara sempurna selain memperuntukkan masa selama tiga jam untuk memeriksa tanaman tersebut.

“Kami tidak pernah bosan menjaganya. Sangat menakjubkan apabila melihat membesar dengan baik,” kata Stuart.

Tambahnya, mereka yakin berpeluang untuk memenangi pertandingan tanaman terbesar tahunan yang akan diadakan tidak lama lagi. – Agensi




Jom saksikan video berikut ini;






0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs