Wednesday, 9 November 2016

Filled Under:

Wanita Bibir Macam Sudip Dianggap Paling Cantik.


Di zaman sekarang ini, erti cantik secara umum bagi kaum wanita adalah mereka yang punya tubuh ramping, hidung mancung, dan lain-lain lagi. Namun meskipun zaman sudah moden, sebuah suku di Afrika, tepatnya di Ethiopia, mempunyai definisi cantik yang berbeza.


 Menurut  Daily Mail melaporkan,  bagi Suku Suri di Ethiopia, perempuan cantik adalah yang mempunyai bibir lebar dan panjang. Ketika gadis memasuki masa dewasa maka dua gigi bawah di bahagian depan mulut mereka akan dicabut. Ritual itu dilakukan melalui suatu upacara khusus sebelum bahagian bawah bibir mereka dilubangkan.

 Setelah bibir dilubangkan, sebuah lempengan tanah liat diletakkan di lubang tersebut hingga bibir bahagian bawah meregang. Seiring berjalannya waktu maka bibir mereka akan semakin lebar dan panjang. Semakin lebar lempengan tanah liat boleh dipasang maka semakin banyak pula lembu yang dapat diminta ayah gadis itu sebagai mas kawin untuk anak daranya.

 Lempengan kecil bererti mas kahwinnya adalah 40 ekorlembu sementara lempengan besar bererti 60 ekor lembu. Namun , beberapa tahun belakangan sejumlah perempuan di suku itu menolak menabut atau melubangkan bibir mereka.







0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs