Monday 13 February 2017

Filled Under:

Bangun Dari Mati Ketika Hendak di Bakar.


Deepak Singh bersama keluarganya.

Kematian memang kita tidak boleh lari atau bersembunyi. Tidak ada yang boleh meramalkan bila-bila kita akan mati, dan dengan cara apa. Bahkan, seorang doktor pun boleh angkat tangan, ketika menyatakan seseorang sudah meninggal dan hidup kembali.

Kejadian ini berlaku tidak hanya sekali, tetapi banyak cerita atau kejadian seperti ini. Terbaru menimpa seorang datuk yang akan dibakar. Seketika itu juga ia bangun dari kematiannya.




Lelaki berumur 72 tahun tersebut, diselamatkan dari api yang membakarnya hidup-hidup, selepas keluarganya mendengar jeritannya di  bawah timbunan kayu pembakaran mayat

Lelaki bernama Deepak Singh, terjatuh di rumahnya di depan keluarganya, ketika  dia pergi untuk memberi  lembu
makan.

Cucu Kota Nalwa, 26, berkata: "Dia kelihatan sihat saja ketika bangun di pagi hari, dan mengatakan akan pergi untuk melakukan tugas-tugasnya, iaitu memberi makanan ternaknya. Tapi apabila ia mula berjalan ke kandang lembu yang dia tiba-tiba jatuh ke tanah. "



Nalwa pun bergegas melihat jika datuk masih hidup dan dia tidak merasakan ada denyut nadi dan tanda-tanda kehidupan. Walaupun jantungnya sudah berhenti saat itu juga. Jadi semua keluarganya berfikir, jika ia sudah meninggal.

Setelah doktor tempatan dipanggil ke rumahnya di Bhilwada, India, ia dinyatakan meninggal dan pengebumian dilakukan. Tubuhnya diletakkan di kayu dan sehelai kain, dan semua keluarga yang berduka berkumpul.



Namun ketika api dinyalakan, tiba-tiba Nalwa melihat tubuh datuknya bergerak-gerak. Awalnya dia fikir itu hanya ilusi saja, tetapi kemudian datuknya duduk dan membuka mata.

Menyedari poerkara tersebut, ia pun terus memadamkan api dan menyelamatkan datuknya. Kemudian datuknya pun diberikan rawatan. Mereka bertuah kerana tidak jadi membakar datuknya hidup-hidup.






1 comments:

Nuffnang Ads

Followers