Thursday 9 February 2017

Filled Under:

Orang Mati Ganti Dengan Boneka.


Tidak perkara yang boleh menggambarkan kesedihan ditinggalkan orang-orang yang dicintai. Rasa sedih tersebut mungkin datang dan pergi, tidak tentu bila berakhirnya. Apalagi jika pemergian tersebut untuk selamanya, seperti kerana kematian.

Namun bagi wanita ini, ada cara yang unik, aneh, namun cukup mengerikan, saat ditinggalkan orang-orang di sekelilingnya. Ia menggantikannya dengan anak patung, yang dibuatnya sendiri. Bukan hanya satu atau dua, tetapi seluruh penduduk yang meninggal dan pergi di sebuah kampung di Jepun.




Perlahan tapi pasti, kira-kira 1,000 bandar dan kampung di Jepun mengalami pengurangan penduduk, iaitu penurunan jumlah penduduk. Baik mulai ditinggalkan untuk penghijrahan ke bandar, hingga mereka yang meninggal. Sedangkan angka kelahiran sangat kecil.

Salah satunya adalah perkampungan di Nagoro, Jepun Selatan, yang secara perlahan-lahan penduduknya 'hilang.' Untuk itu Tsukimi Ayano, membuat sebuah idea, iaitu membuat boneka manekin, yang menyerupai orang-orang dengan banyak sekali watak. Mulai dari anak sekolah, guru, warga emas hingga pekerja.




Sepintas pandang  memang cukup unik, namun jika malam tiba, keunikan tersebut berubah menjadi seram. Apalagi jika anda tahu bahawa penduduk kampung di sana jumlahnya sangat sedikit, berbanding dengan anak patung manekin yang dibuatnya.

"Mereka membawa kembali ingatan. Wanita tua itu dibuat sebagai teman minum teh. Dan lelaki tua itu untuk menemani minum shake dan bercerita tentang masa lalu. Ini mengingatkan kembali kenangan lama, ketika mereka masih hidup," kata wanita yang kini berumur 65 tahun tersebut.



Penduduk Jepun sendiri dijangka mencapai kemuncaknya di tahun 2010, dengan jumlah sekitar 128 juta. Dan akan mengalami pengurangan penduduk hingga mencapai angka 87 juta di tahun 2060, sementara itu, empat dari sepuluh orang akan berumur 65 tahun. tentu itu membimbangkan, jika bangsa Jepun tidak ingin pupus.








0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers