Thursday 9 February 2017

Filled Under:

Steak Dari Tahi Manusia.


Sebagai Negara yang termaju di asia, ternyata negara Jepun mempunyai masalah besar, iaitu negara Jepun bimbang dalam mengendalikan lumpur longkang bawah tanah dan satu-satunya cara untuk mengatasinya selain dengan cara membuangnya ke laut adalah dengan cara "memakan" najis-najis tersebut.

Maka dari itu kerajaan Jepun mengarahkan saintis berasal dari Okayama yang bernama Mitsuyuki Ikeda untuk melakukan penyelidikan di makmalnya. Ikeda yakin bahawa banyak protein bagus di dalam najis manusia yang boleh dimanfaatkan.
Untuk itu, ia mencari cara untuk mengektraknya, bergaul, dengan sos steak, dan berjaya membuat kotoran itu menjadi makanan layak untuk dimakan.




Saat diteliti, Ikeda mendapati bahawa lumpur itu penuh dengan protein, kerana banyak kandungan bakteria di sana. Setelah digabungkan dengan peningkatan reaksi dan menempatkannya di mesin ajaib yang disebut "exploder", akhirnya steak buatan berjaya diciptakan.

Dalam lumpur najis itu mengandungi 63 peratus protein, 25 peratus karbohidrat, 3 peratus vitamin yang larut dalam lemak, serta 9 peratus mineral. Adapun steak buatan yang dihasilkan warnanya juga merah, sehingga pelanggan tidak akan mengetahui yang di makan adalah hasil najis olahan.

"Dari uji pertama, orang-orang yang sudah mencubanya menyebutkan, rasanya seperti daging lembu", sebut Ikeda.

Menurut Ikeda dan rakan-rakannya, cara ini merupakan penyelesaian sempurna untuk mengurangkan jumlah sisa dan pelepasan dari perut. Tetapi kekurangan dari kajian Ikeda adalah kos pengeluaran "Daging" buatan itu lebih mahal 10-20 kali ganda di bandingkan dengan harga daging lembu di pasaran..





0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers