Sunday 30 April 2017

Filled Under:

Bumbung Sekolah Ini Ada Taman.


Persekitaran sekolah yang selesa dan hijau tentunya menjadi idaman setiap pelajar. Begitu pula yang dirasakan oleh sebuah sekolah rendah di Boulogne Billancourt, Paris. Lokasi sekolah yang berada di tengah bandar serta tanah yang cukup sempit membuat pihak sekolah pun membuat laman hijau.

Selain pihak sekolah, seorang arkitek berasal dari Paris bernama Chartier-Dalix juga turut serta merancang laman hijau untuk sekolah rendah ini. Tidak main-main, Chartier bahkan pernah memenangi sebuah pertandingan reka bentuk di tahun 2011.


 Sementara itu, tanah tersebut nantinya akan digunakan untuk mempromosikan ilmu pengetahuan, biodiversiti, dan pembangunan berterusan melalui seni bina dan pendidikan. Sekolah yang baru dibuka pada September lalu ini membuktikan bahawa tanah sempit tidak menjadi halangan bagi para pelajar untuk mempunyai sekolah yang selesa.

Selain itu, sekolah ini mempunyai 18 bilik kelas dengan pusat sukan outdoor berada di tingkat tiga bangunan sekolah. Setiap tingkat mempunyai taman permainan sendiri dan dilengkapi dengan kawasan tanah yang dihiasi beberapa perabot serta pokok.











0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers