Thursday 7 September 2017

Filled Under:

Hulk Dari Besi Buruk.


Barang lusuh memang masih boleh digunakan untuk membuat kerja-kerja yang menakjubkan. Salah satunya yang dibuat oleh Ban Hun Lek berasal dari  Thailand yang memanfaatkan barang lusuh dari  alat ganti kereta.

Ban Hun Lek adalah sebuah agensi khusus yang membuat karya seni dari
barang lusuh alat ganti kereta. Salah satu contoh yang paling mengagumkan adalah patung Hulk saiz raksasa sesuai gambaran dalam animasinya. Seluruhnya terbuat dari susunan mur baut berkarat.

Dari penjelasan di website Ban Hun Lek, dijelaskan mutu awalnya bermula dari membuat konsep kemudian mengumpulkan material
barang lusuh yang sesuai untuk reka bentuk tersebut. Selepas itu semua bahan dibentuk menjadi satu  reka bentuk yang diinginkan. Kemudian patung yang sudah jadi diberi lapisan bahan tertentu agar tidak berkarat di kemudian hari lalu siap dihantar ke pelanggan.

"Nut, skru, palam, dan alat ganti kereta yang lain telah diciptakan kembali oleh tukang penggimpal mahir kami hanya dengan teknik impalan elektrik biasa," tulis di website rasmi. "Seni ini akan menjadi hadiah istimewa dan bagus dijadikan koleksi atau sebagai hiasan."

Hulk bukan satu-satunya karya Ban Hun Lek yang mengagumkan kerana juga masih ada lain seperti Minion di "Despicable Me 2", "Star Wars", "Alien" dan "Predator". Masih ada juga gajah, zirafah, naga hingga kuda raksasa dari barang lusuh kenderaan.

 








0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers