Thursday, 7 September 2017
Filled Under:
unik dan pelik
Restoran Ini Saji Serangga Bersalut Coklat.
Posted By:
zamri spoon
on 14:00
Di Muzium Audubon Butterfly Garden and Insectarium News Orleans terdapat sebuah restoran bernama Bug Appetit di mana ulat dan serangga berkaki enam lain dimasak. Coklat ulat merupakan salah satu menu yang khusus dibuat untuk hari perayaan Halloween. Selain menu tersebut ada pula biskut coklat yang diperbuat dari cengkerik.
Menurut pengurus muzium, Zack lemann, banyak orang menyukai menu ini. Ada yang sangat berminat hingga rela datang, namun ada pula yang mengelakkan ia,
"Kami mendapat banyak reaksi di sini," kata lemann. "Ada orang yang datang ke sini kerana tahu tentang 'Bug Appetit', dan mereka makan serangga. Ada pula yang ragu dan cemas. Yang lain, yang sama sekali tidak ingin mencubanya."
Sementara itu, salah seorang pengunjung, Van Russell, mengaku anaknya yang baru berumur 8 tahun sangat menyukai menu Bug Appetit. "Aku berharap anakku boleh makan sayur-sayuran selahap memakan serangga-serangga ini," kata Russell.
Muzium yang mempunyai luas 7 ribu meter padu itu memang dikhaskan untuk serangga. Anda boleh melihat pelbagai serangga mulai dari kumbang, lipas, tebuan, lebah, semut dan anai-anai. Di sana juga terdapat pameran rama-rama yang dibuat menyerupai taman Jepun.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment