Saturday 22 April 2017

Filled Under:

Inilah Jururawat Bertubuh Sado dan Tampan di Dunia.


Wanita mana yang tidak suka melihat lelaki tampan, punyai senyum manis dan bentuk tubuhnya yang sado. Hampir dipastikan bahawa semua wanita akan suka. Bercakap mengenai lelaki kacak yang punya senyum manis dan badan six pack, kali ini mari kita berkenalan dengan seorang lelaki bernama Fran Suarez.


Jadi begini, nama Fran Suarez akhir-akhir menjadi nama yang hangat diperbincangkan netter di seluruh dunia. Lelaki yang bekerja sebagai seorang jururawat di salah satu  hospital di Madrid, Sepanyol ini di katakan sebagai jururawat tertampan dan paling seksi di dunia.

Suarez dikenali sebagai lelaki yang ramah dan seorang jururawat yang sabar. Apabila bekerja sebagai jururawat, dia akan sentiasa memberikan perkhidmatan terbaiknya untuk para pesakit. Tapi, bukan keramahan dan kebaikannya semasa merawat pesakit yang menjadikannya diidolakan banyak wanita di dunia. Suarez mempunyai bentuk tubuh yang sangat seksi, senyum yang begitu manis dan aura wajah yang sangat kacak.


Di akaun Instagram peribadinya, ia kerap menyiarkan fotonya yang mempamerkan bentuk tubuhnya yang tegap namun tetap seksi. Kerana foto-foto seksi yang kerap ia muat naik, sekurang-kurangnya ada 50 ribu pengguna instagram lain yang menjadi Followernya.

Ternyata oh ternyata, selain bekerja sebagai seorang jururawat, Suarez juga bekerja sebagai seorang model dan penari. Kerana kerjayanya inilah, lelaki kacak ini selalu menjaga bentuk tubuhnya agar selalu mempesona. Suarez selalu menyempatkan diri untuk melakukan senaman gym di  kesibukannya. Ia juga memastikan bahawa pola makannya dijaga dengan sebaik mungkin.


Jom saksikan video berikut ini:





0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers