Saturday 22 April 2017

Filled Under:

Berusia 10 Hari Sudah Pandai Beri Isyarat Jari.


"Like father like son", itulah pepatah yang dituliskan oleh seorang vokalis Grollschwert, band Rock n Roll berasal  dari Jepun, Nao Hazuki semasa memuat naik gambar anak perempuannya yang baru berusia 10 hari.

Dalam gambar itu, terlihat bayi perempuan yang sedang menghisap botol susu sambil mengangkat kedua tangannya dan membentuk salam 'metal'. Foto itu menjadi viral di Facebook.

Tidak seperti ibubapa pada umumnya yang memainkan instrument lullaby untuk menidurkan  bayinya, Hazuki justeru memainkan muzik metal aliran keras dari albumnya. Itulah mengapa, Hazuki sangat terkejut apabila melihat bayinya menunjukkan gaya metal tanpa diajar.

Gambar itu pun berjaya mendapat ribuan likes dan dibahagikan hingga 300 kali.

"Bayi Rock n Roll," tulis salah seorang pengguna Facebook.

"Dia pasti sudah sering mendengar muzik metal sejak dalam kandungan," tulis pengguna lain.




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers