Friday 28 April 2017

Filled Under:

Kanak Kanak Luar Biasa Ini Mampu Mengenali Jenis Fonts.


Bentuk-bentuk tulisan yang ada di komputer (biasanya disebut text) berjumlah ribuan. Agak sukar sekali mengesan perbezaan antara jenis-jenis font itu, terlebih lagi  mengingat nama-namanya.

Namun perkara itu tidak berlaku bagi gadis kecil bernama Scarlett, yang berusia dua tahun ini. Sambil bermain dengan ibunya, dia boleh menyebut nama jenis font, hanya dengan melihat contoh dua kata yang ditaip dengan font tersebut. Tanpa ragu, kanak-kanak perempuan ini menyebutkan nama-nama font seperti Bodoni, Verdana dan Garamond tanpa terlihat berfikir panjang.

Sekilas pandang , perkara  ini kelihatan tidak istimewa. Namun, kemahiran menghafal bentuk dan nama text sangat diperlukan dalam reka bentuk grafik. Bahkan di beberapa universiti, menghafal bentuk dan nama font dijadikan ujian di jurusan reka bentuk grafik. Para pengulas di Youtube banyak yang memuji Scarlett dan menyebutnya sebagai "Pereka Masa Depan" kerana kepakarannya ini.

Di Channel Youtube "arfmoochknecheez" milik Ibu Scarlett ini, banyak memaparkan aksi lucu dan pintar Scarlet lain. Ini tentu dapat menjadi inspirasi anda untuk mengajarkan hal-hal kecil dan semasa pada anak kesayangan anda.






0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers