Saturday, 29 April 2017

Filled Under:

Kondominium Mewah Ini Ada Garaj Kereta Dalam Rumah.


Hamilton Scotts merupakan kondominium kelas lima bintang di Singapura. Kondominium mewah ini menawarkan kemudahan yang cukup unik. Salah satunya adalah sebuah "tempat letak di langit".

Idea untuk membuat garaj di dalam kondominium boleh dikatakan sangat inovatif. Reka bentuk unik ini membolehkan para pemilik kereta sport untuk mempamerkan kereta-kereta mewah tersebut kepada tetamu atau hanya untuk dinikmati sendiri. Tidak hanya itu, Hamilton Scotts adalah bangunan pertama di dunia yang menawarkan sistem letak yang canggih ini.




 Sistem tempat letak ini juga cukup mudah. Ketika penghuni memasuki bangunan, mereka akan meletak kenderaan mereka di dalam lif kaca. Kemudian, lif tersebut membawa naik kenderaan tersebut ke dalam kondominium.

"Ini bukan hanya sebuah tempat letak kereta," kata CEO Kondominium Hamilton Scotts. Selain mempunyai "tempat letak di langit", kondo mewah ini juga menawarkan kemudahan kelas tinggi lain seperti gym, ruang persidangan, jakuzi, dan kolam renang luaran.

Harga yang ditawarkan untuk menduduki kondominium ini pun sangat mahal. Satu unit kondominium dijual antara SGD 9.4 juta  hingga SGD 23.5 juta (. Kediaman mewah ini juga disewa dengan harga SGD 11 ribu.










0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs