Monday 24 April 2017

Filled Under:

Misteri Buaya Oren Menggemparkan Penduduk Amerika Syarikat.


Seekor buaya berwarna oren berkeliaran di sebuah kawasan negara bahagian South Carolina, Amerika Syarikat.

Kerana warnanya yang unik, penduduk di sekitar Hanahan menggelarnya "Rusty", yang ertinya "berkarat". Namun demikian, ada juga yang secara sengaja menggelarnya "Trump-a-gator." bagi sebahagian orang, rambut Presiden Donald Trump disebut-sebut berwarna oren.

Buaya itu diduga berukuran panjang 1.2 - 1.5 meter. Ia menjadi terkenal di media sosial selepas beberapa penduduk setempat mengambil foto Rusty sedang berenang di Tanner Plantation, Hanahan.

Tapi, apa yang menyebabkan warna yang luar biasa itu? Dikutip dari UMS, ahli Herpetology bernama Josh Zalabak membentangkan suatu penjelasan yang mungkin mengenai warna luar biasa tersebut.

Kata Zalabak kepada stesen televisyen WCBD, "Lumut, atau mungkin suatu pencemar dalam air dan sukar dipastikan kecuali airnya sudah diuji."

Jay Butfiloski, penyelaras Program Buaya di Jabatan Sumber Daya Alam negara bahagian, berkata, "Mungkin oksida besi - karat - yang mengubah warnanya. Mungkin ada paip pembetung yang berkarat."


Menurut Butfiloski, pewarnaan itu juga boleh kerana tingginya kandungan zat besi dalam tasik. Ia mengatakan bahawa di masa lalu sudah pernah ada laporan mengenai buaya yang warnanya demikian.


Jom saksikan video berikut ini:








0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers