Sunday 23 April 2017

Filled Under:

Sushi Termahal di Dunia Dengan Lapisan Emas.


Sushi, makanan Jepun yang popular di dunia kini dibuat menjadi makanan mewah. Salah satu caranya adalah menambah kulit yang diperbuat daripada kepingan emas. 

Kebiasaan memakan gulungan sushi hadir untuk meraikan Festival Setsubun yang jatuh pada  3 Februari 2017. Biasanya, festival dirayakan dengan menaburkan kacang untuk mengusir syaitan di rumahnya. Namun kebiasaan ini hilang dan diganti dengan ritual yang mewajibkan setiap orang makan ehomaki, atau sebuah gulungan sushi yang besar.

Ternyata, seorang tukang masak bernama Mr.Sato berani mengumpul pelbagai bahan terbaik untuk membuat sebuah sushi termahal. Meskipun dibungkus dengan plastik murah, tetap saja sushi ini hadir dengan kulit emas yang membuat orang-orang terpukau. Untuk satu gulung sushi ini, anda perlu mengeluarkan wang kira-kira 10,800 yen.




Rasa dari sushi ini tidak boleh dibohongi, kerana pelbagai isiannya dikumpulkan dari daerah penghasil ikan terbaik seluruh Jepun. Mulai dari Tuna Aomori, Udang Ehime, Belut Miyazaki, hingga Ketam dari Hokaido yang terkenal paling nikmat. Paduan rasa ini membuat orang tergoda, mulai dari kulit lembaran emas hingga ikan segar dari penjuru dunia yang tercampur sempurna.

Kerana kenikmatannya pula, banyak pengunjung yang merasai memberikan pendapat yang sama. Sushi ini "terlalu nikmat" untuk sebuah sushi gulung yang biasa dijual untuk festival.




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers