Sunday 23 April 2017

Filled Under:

Pizza Paling Mahal di Dunia Diperbuat Dari Emas.


Pizza merupakan makanan yang sering menjadi kesukaan ramai orang. Tidak hairan apabila banyak restoran yang menjual makanan khas Itali ini sebagai menu utamanya.

Tetapi apa jadinya apabila hidangan pizza tersebut dibuat dengan bahan-bahan luarbiasa. Diperbuat daripada bahan-bahan mahal, pizza dari Industry Kitchen, New York, ini menawarkan pengalaman menjamu sebuah pizza dengan lapisan emas di atasnya.


Harga yang ditawarkan pizza tersebut pun jauh melebihi pizza pada umumnya. Satu loyang pizza dijual dengan harga US $ 2000 .

Selain emas, pizza tersebut juga dibuat dari bahan-bahan mahal. Bahan mewah lain yang jadi topping-nya termasuk keju stilton import, kaviar Ossetra dari Laut Kaspia, cendawan truffle, dan hidangan hati angsa foie gras dari Perancis.


"Pizza ini sangat kaya, jika anda sedang ingin menyantap makan mewah, maka ini sesuai untuk anda," kata Eksekutif Chef Industry Kitchen, Braulio Bunay .

Braulio Bunay juga berkata, banyak orang terkejut apabila mendapat tahu harga asal dari pizza tersebut. Mereka berharap pizza tersebut mempunyai rasa yang sangat enak sesuai harganya.

"Orang ramai yang terkejut kerana belum pernah melihat satu hidangan yang dibuat dari bahan-bahan khas. Tapi saya memberi jaminan pizza ini sangat enak. Wang yang dikeluarkan akan setara dengan pengalaman yang dirasakan," ujarnya.



Jom saksikan video menarik ini:






0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers