Sunday 23 April 2017

Filled Under:

Donat Paling Mahal di Dunia Dihiasi Emas.


Donat rasa coklat mungkin menjadi salah satu kegemaran anda. Bagaimana dengan yang rasa matcha? Pelbagai variasi donat kini boleh didapati di sekitar kita, mulai dari yang tradisional di warung-warung hingga yang berada di gerai-gerai moden.Donat adalah wujud budaya kuliner yang menjangkau segala lapisan sosial. Berapa harga termahal yang anda bayar untuk sebuah donat? Namun seolah-olah donat yang satu ini dibuat khusus untuk jutawan.

Harga donat tersebut adalah 1000 pound . Donat yang dibuat oleh Krispy Kreme ini dipamerkan di department store eksklusif Selfridges .

Topping donat ini adalah buah markisa, daun emas 24 karat yang boleh dimakan, coklat putih Belgium berbentuk bunga mekar, rama-rama dengan taburan serbuk emas 23 karat dan berlian yang boleh dimakan.




Donat ini diletakkan di atas gelas minuman Krispy Kreme Cocktail yang dibuat daripada sirap raspberry dan markisa, Courvoisier de L'Esprit Cognac berusia 500 tahun, champagne mewah Dom Perignon dengan jelly dan Chateu d'Yquem crème.


Untuk merangkai pandangan donat tersebut diperlukan masa 3 hari. Donat ini dibuat sebagai hadiah sebuah pertandingan yang dimenangi oleh Claudine Taylor, make up artist berasal dari London. Claudine mengatakan "Donat ini kelihatan terlalu bagus untuk dimakan".


Bagi yang ingin merasai donat berbahan emas dan berlian namun tidak mahu membayar harga semahal donat itu, Krispy Kreme menyediakan donat seharga 39,95 pound untuk satu donat.


Donat-donat tersebut boleh didapati di gerai Krispy Kreme yang ada di department store Selfridges London dan Birmingham. Hand-made Donut ini dihiasi dengan daun emas 24 karat, bunga dan rama-rama dari coklat putih dan berlian yang boleh dimakan.Jom saksikan video menarik ini;






0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers