Sunday 23 April 2017

Filled Under:

Pantai Ini Dipenuhi Ribuan Sepihan Botol Kaca .


Menikmati pantai dengan pasir putih menjadi idaman bagi sebahagian orang. Dengan desiran suara ombak dan angin yang sejuk menjadi gambaran awal mengunjungi pantai yang diidamkan. Namun, apa jadinya sebuah pantai yang terabai dari pandangan para pelancong, ternyata dipenuhi batu-batu kecil berwarna.


Pantai Ussuri di Rusia dikenali sebagai lokasi terpencil yang jarang didatangi penduduk. Pada zaman Kesatuan Soviet, daerah ini sering dijadikan tempat pembuangan botol kaca bekas minuman keras dan porselin. Namun pantai yang ada di dekat Vladivostok, bahagian timur Rusia ini ternyata menyimpan keajaiban lain.

Setelah bertahun-tahun lamanya, pantai ini menjadi pantai terindah kerana banyak batu-batu kecil berwarna yang memenuhi garis pantai. Gelombang Lautan Pasifik ternyata mengubah botol-botol bekas ini menjadi karya alam yang menakjubkan dalam bentuk kerikil. Kerana keindahan ini pula, Pantai Ussuri kembali didatangi oleh para pelancong yang ingin tahu dengan kerikil alami ini.


Kerana keindahannya, Pantai Ussuri akhirnya dijadikan sebuah kawasan lindung yang bernama Glass Beach yang popular dikalangan pelancong tempatan. Pelbagai kerikil yang dihasilkan kini berbentuk halus dan selamat untuk dipegang, tidak seperti kaca yang berbahaya apabila dipijak.




Jom saksikan video menarik ini:






0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers