Wednesday 10 May 2017

Filled Under:

Guna Kepala Bawa 10kg Makanan Untuk Dihidangkan.



Seorang pelayan restoran terkenal dengan kemahirannya membawa makanan di kepala untuk disajikan kepada penduduk kampungnya.

Chen ChangFa, 66, boleh membawa lebih 10 hidangan di atas dulang sepanjang dua meter tanpa memecahkan satu mangkuk pun sejak 38 tahun lalu.



Membawa makanan di atas kepala adalah tradisi berusia 200 tahun dan Chen adalah generasi kesembilan yang melakukannya.Tradisi yang dikenali sebagai Da Pen itu hanya boleh ditemui di kampung Xiantan yang terletak di wilayah Sichuan.

Bagi melakukan aksi itu, Chen memakai selipar yang diperbuat daripada jerami dan tuala putih yang dililit di kepala serta dulang panjang seberat hampir 10 kilogram


Sejak 38 tahun lalu, Chen membawa lebih 300,000 mangkuk di kepalanya dan tidak pernah memecahkan satu atau menumpahkan setitis sos pun.

Chen sering dijemput penduduk kampung untuk menghidang makanan ketika majlis perkahwinan atau pesta di mana ratusan tetamu menjamu selera.


Lelaki itu memberitahu, selipar yang dibuat daripada jerami tahan gelinciran dan tuala yang dililit di kepalanya membantu menstabilkan dulang makanan.

“Saya memakai peralatan ini tidak kira musim sejuk atau panas kerana ia membantu saya membawa makanan dengan mudah,” katanya.



Dulang makanan yang direka khas itu membantunya membawa 10 hidangan sekali gus.

Chen juga berlatih membawa pelbagai jenis hidangan daripada masakan daging yang berat dan sup.

Menurut Biro Budaya Hejiang, tradisi Da Pen dipercayai bermula pada 1700. - Agensi


Jom saksikan video berikut ini;






0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers