Saturday 20 May 2017

Filled Under:

Kanak-Kanak Ini Jadi Model Termuda Brand Antarabangsa



Skylar  kanak comel berasal  dari Filipina ini direkrut jadi model termuda untuk brand antarabangsa . Skylar direkrut menjadi model pakaian kanak-kanak musim autumn / winter tahun 2016 oleh brand Burberry yang sangat terkenal dan bertaraf antarabangsa .



Kanak-kanak dengan wajah comel ini telah menandatangani kontrak sebagai model kanak-kanak termuda di Burberry sejak bulan April 2016 lalu. Ia menjadi model untuk koleksi pakaian kanak-kanak terbaru untuk kategori usia enam bulan hingga tiga tahun. Foto-foto saat mengenakan koleksi terbaru Burberry pun boleh kita dapati di laman rasmi Burberry.


Bagi ibu kepada Skylar, sesi foto yang dilakukan untuk menjadi model brand Burberry dilakukan kerana Skylar menyukainya. Anak yang masih kanak-kanak kecil tersebut kelihatan begitu selesa dan bersemangat ketika bergambar di depan kamera. Lavern selalu ingin buah hatinya melakukan apa saja yang membuatnya suka dan bahagia. 

Kalau pun Skylar ingin bermain dan berhenti jadi model, ia akan menyokong sepenuh hati. Menurut Lavern, ia ingin buah hatinya membesar seperti anak-anak lain tanpa dituntut untuk bekerja di usianya yang masih sangat muda.




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers