Saturday 20 May 2017

Filled Under:

Dipecat Kerana Terlalu Cantik.



Secara umumnya, seseorang akan diberhentikan atau dipecat dari pekerjaannya kerana ia tidak boleh bekerja dengan baik, sering membuat kesalahan atau kerana melakukan suatu hal yang fatal dan merugikan tempatnya bekerja. Hanya saja, ada beberapa kes tentang pemecatan kerja yang disebabkan oleh hal-hal tidak masuk akal. Seperti pemecatan yang dialami seorang wanita berusia 24 tahun bernama Emma Hulse berikut ini. 

Dikutip dari laman metro.co.uk , Emma baru sahaja dipecat dari pekerjaannya kerana ia dinilai terlalu cantik dan mempesona. Dari beberapa laporan yang ada, Emma bekerja sebagai pekerja bebas di sebuah syarikat media yakni stesen TV tempatan di London. Ia bekerja sebagai operator kamera menggantikan seorang pekerja tetap yang sedang cuti. Kontrak kerja yang ia terima mengharuskannya bekerja dari pukul 09.30 pagi hingga pukul 18.00 malam.




Di hari pertamanya bekerja, ia pun mendapatkan penjelasan mengenai apa-apa yang harus ia lakukan setiap harinya. Penjelasan ini disampaikan oleh pegawai  di stesen TV tersebut. Namun sebelum penjelasan itu selesai, Emma mendapatkan mesej ringkas dari agensinya dan dikatakan bahawa Emma tidak diperlukan lagi di stesen TV tersebut dia dipecat. Emma pun merasa terkejut dan menanyakan kebenarannya. 

Seterusnya, Emma dipertemukan dengan pengurus stesen TV. Wanita 24 tahun ini berkata,


"Aku  bertemu dengan pengurus stesen TV. Dia bertanya sama ada aku seorang model, apakah aku tidak memperagakan busana, dan kenapa aku tidak melakukannya? Hari itu aku berpenampilan sangat sopan. Aku mengenakan kemeja, skirt dan sedikit  lipstik. Aku rasa setiap orang yang akan bekerja juga mengenakan busana sama seperti saya. "




"Ini sangat tidak masuk akal. Dia mengatakan aku terlalu cantik untuk bekerja sebagai operator kamera. Aku tidak dibenarkan lagi bekerja." Tambahnya. Atas apa yang telah dilakukan pengurus TV, Emma mengaku bahawa dia sangat kecewa. Beberapa kali wanita tersebut pernah bekerja di beberapa syarikat berbeza untuk menjadi operator kamera, tapi ia tidak pernah mendapat layanan seperti yang diperolehi di stesen TV ini.




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers