Saturday, 20 May 2017

Filled Under:

Sekumpulan Wanita Ini Berbaring di Tanah Perkuburan, Apa yang Berlaku?



Sekumpulan wanita ini kelihatan berbaring di atas tanah yang mirip seperti tanah perkuburan. Kalau dilihat-lihat memang agak aneh dan sangat luar biasa. Apa yang sebenarnya berlaku?

Rupanya para wanita tersebut sedang melakukan sebuah meditasi yang disebut meditasi tanah perkuburan. Seperti yang dikutip dari odditycentral.com, meditasi yang dilakukan di pinggir bandar Chongqing, China tersebut diikuti oleh para janda yang berusaha untuk dapat cepat keluar dari kisah perceraian mereka.  Liu Taijie, seorang janda berusia 30 tahun yang mempunyai idea tersebut.

Liu berkahwin pada usia 19 tahun lalu menjadi ibu pada usia 21. Pada tahun 2015 lalu, ia bercerai dengan suaminya. Tidak hanya itu, perniagaan yang dijalankan juga gagal. Jelas itu cubaan yang sangat berat tetapi ia berusaha untuk tegar dan melaluinya. Kerana faham betul betapa sukar dan menderitanya melewati sebuah perceraian, kini Liu tergerak untuk membantu wanita-wanita lain yang mempunyai pengalaman yang sama dengan dirinya.


Dalam kelas meditasi yang diketuai oleh Liu, para wanita berbaring di atas sebidang tanah yang dibuat seperti tanah perkuburan. Berbaring dengan beralas plastik, para peserta meditasi menutup mata dan mengatupkan tangan di depan dada seperti sedang berdoa. Gagasan ini bertujuan agar para peserta dapat tahu rasanya meninggal dunia dan boleh lebih mudah untuk berdamai dengan luka dan boleh membuka lembaran baru.



Dengan mengadakan meditasi ini, Liu berharap para wanita tersebut boleh lebih cepat berdamai dengan sakitnya diceraikan.

"Gagal itu tidak menakutkan. Aku ingin semua janda untuk hidup dengan caranya sendiri dan mencapai tujuan-tujuan mereka," papar Liu.
Simulasi cuba merasakan mati seperti ini jadi makin sering diadakan di China dan negara-negara Asia beberapa tahun kebelakangan ini.




0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs