Tuesday 9 May 2017

Filled Under:

Kerana Sayang Wanita Ini Bawa Kucing Mati Bersiar siar.



Banyak orang tidak boleh percaya setelah ditinggal mati peliharaan kesayangannya. Daniela Cardone juga begitu ketika  kucing kesayangannya mati, Matute, sebulan yang lalu. Ia pun mengambil langkah ekstrim.

Wanita dari Argentina ini menjadi terkenal di Instragram selepas memuat naik beberapa gambar dirinya dan Matute ketika berjalan-jalan ke bandar Lujan, Buenos Aires. Sebabnya, kucing itu sebenarnya hasil dari awet. Daniela bercerita kepada wartawan kenapa ia tidak boleh berpisah dengan Matute, sehingga memilih jalan untuk mengawetkan jasad kucingnya

Daniela percaya jiwa haiwan peliharaannya itu masih ada di sekitarnya dan tidak masuk akal jika ia menanam tubuhnya. Perlu masa selama 40 hari untuk mengawetkan mayat Matute dan membentuknya semula melalui bantuan taxidermist atau pakar haiwan.




"Ketika melihatnya, aku terkejut sampai menangis," kata Daniela. "Amat menyeronokkan boleh memilikinya lagi. Ia masih mempunyai bulu-bulu yang sama dan akan sentiasa dekat. Aku tadinya sedih, namun kini bahagia. Aku punya lima kucing lain, namun Matute adalah yang paling disayangi."

Sebahagian besar orang berfikir obsesi Daniela terhadap kucing yang dipelihara dan membawanya kemana-mana merupakan sesuatu yang menyeramkan. "Wow, mengerikan." Komen seorang pengguna Instagram. "Aku selalu berfikir orang ini 'gila', dan sekarang aku yakin," kata yang lain.

Namun Cardeno yang bekas model ini tidak terpengaruh dengan komen negatif dan terus menyatakan rasa sayangnya pada Matute. "Haiwan kesayangan adalah sesuatu yang penting. Mereka menerimamu apa adanya," ungkapnya.




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers