Thursday, 18 May 2017

Filled Under:

Model Paling Tertua di Dunia.


 Seperti yang kita ketahui, biasanya model yang berjalan di atas Catwalk untuk memaparkan suatu fesyen adalah model yang cantik dan hensem serta berusia muda.

Namun perlu anda tahu, baru-baru ini di acara pekan mode tahunan yakni China Fashion Week, lelaki berusia 79 tahun  telah menjadi bintang dan model fashion yang mengagumkan. Model yang juga seorang pelakon bernama Wang Deshun bukan hanya menarik perhatian dari semua penonton yang ada. Ia juga menjadi sorotan utama kerana telah menunjukkan yang terbaik sebagai model.

Hampir semua orang yang hadir di acara tersebut mendedahkan kekagumannya pada lelaki 79 tahun tersebut. Walaupun usia sudah tidak lagi muda, semangat dan caranya berjalan di atas Catwalk dikatakan mampu mengalahkan para model lain di sana.

Menampilkan pakaian karya pereka Shenguang Hu, datuk Wang kelihatan sangat percaya diri. Mengenakan seluar berwarna kelabu dengan sedikit sentuhan warna merah dan hijau di pinggang dan dengan dada yang terbuka, rupanya  Wang mampu membuat setiap sepasang mata di acara tersebut tidak berhenti melihat kepadanya.

Wang Deshun sendiri adalah seorang pelakon yang telah membintangi puluhan filem di China. Beberapa filem yang pernah dibintangi antara lain adalah The Forbidden Kingdom, Warriors of Heaven and Earth, Detective Dee, dan Mystery of the Phantom Flame.











0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs