Tuesday, 23 May 2017

Filled Under:

Terpaksa Mengemis Untuk Sara Adik


Remaja lelaki yang berusia sekitar 15 tahun ini terpaksa harus menjaga sendiri adiknya yang baru berusia lima bulan. Perkara itu terjadi setelah kedua ibubapa mereka pergi meninggalkan keduanya.

Viral4real melaporkan, kebanyakan kanak-kanak memang ditinggalkan di jalan untuk mengemis agar tetap boleh bertahan hidup. Perkra itu dilakukan kerana ibubapa yang menganggur dan tidak boleh menjaga anak-anak mereka.

Nasib lebih buruk harus dialami Loloy, seorang remaja berasal dari La Loma, Mexico. Ia terpaksa menggendong adiknya ke mana ia pergi setelah kedua ibu bapanya pergi meninggalkan mereka. Loloy dan adik lelakinya yang masih bayi tidak mempunyai tempat tinggal dan persediaan makanan.

Loloy terpaksa mengemis agar ia dan adiknya tetap bertahan hidup. Adiknya yang baru lima bulan tidak mendapat makanan secukupnya kerana Loloy tidak mampu membelikan adiknya susu setiap hari kerana pendapatan dari mengemis kadang hanya boleh untuk membeli nasi.

Akibatnya, tidak jarang adiknya diberi makan nasi. Selain wang, Loloy juga sering diberi makanan dan susu oleh orang-orang yang sedih melihatnya.

Sementara itu, kisah Loloy sendiri diceritakan oleh salah seorang pelancong bernama San Francisco. Pelancong itu mengatakan Loloy dan adiknya yang baru berusia lima bulan hidup tanpa ibu bapa.

Keadaan kedua adik beradik itu sangat memilukan terutama adiknya yang terpaksa dibiarkan di luar dengan pakaian dan makanan seadanya.

"Kami membantu dia apa yang boleh kami bantu, semoga ia kelak boleh mempunyai tempat yang selesa dan pekerjaan, kalau boleh ia boleh sekolah," ungkapnya.









0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs