Tuesday 2 May 2017

Filled Under:

Wanita Cantik Sebenarnya Pelakon Teletubbies


Siri televisyen Teletubbies memang sudah tidak ditayang, namun para pelakonnya yang pernah berperanan di sana terus menjelma. Siri televisyen yang dilakonkan oleh empat anak patung ini, juga memaparkan susuk bayi matahari yang sangat lucu.

Namun siapa sangka, jika pelakon bayi tersebut seorang wanita, dan kini memperlihatkan dirinya sebagai mahasiswi cantik. Wajah comel yang selalu muncul di siri televisyen tersebut, kini telah berubah drastik menjadi remaja cantik.

Jessica Smith, pelakon bayi tersebut, kini sudah berusia 19 tahun. Dan wajahnya pada tahun 1997, cukup familiar dan dikenali ramai penonton televisyen. Awalnya ia enggan untuk memperkenalkan dirinya sebagai bayi  matahari di siri Teletubbies.



Jess kini sebagai mahasiswa di Universiti Canterbury, dan ia baru memulakan perkuliahannya di tahun pertama. Identiti dirinya sebagai pelakon bayi terbongkar berkat posting di akaun Facebooknya.

"saya baru sahaja meraikan ulang tahun ke-19 tahun, dan setelah memikirkan matang-matang, akhirnya sudah waktunya untuk memberitahu kepada orang lain siapa saya sebenarnya," kata Jess yang kami kutip dari Telegraph.



Awalnya ia tidak percaya diri, untuk mendedahkannya. Tetapi rakan-rakannya meyakinkan dia untuk memberitahu watak yang pernah ia lakonkan.

Ia sendiri melakonkan watak tersebut hanya dengan tertawa khas bayi, tanpa banyak bercakap. Dan ayahnya yang berada di balik semua itu, untuk membuatnya ketawa khas bayi.



.




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers