Thursday, 17 August 2017

Filled Under:

Ada Bandar Disebalik Batu.


Monemvasia adalah sebuah pulau berbatu di Gibraltar seperti di pantai timur Peloponnese, di Greece, dan dihubungkan ke daratan oleh jalan lintas yang singkat. Pulau ini mempunyai lebar 300 meter dan panjang satu kilometer, dan tinggi, seratus meter di atas permukaan laut.

Di lereng dataran tinggi ini, di sisi arah laut, tersembunyi dari tanah besar, terletak sebuah bandar kecil. Bandar ini sangat romantis, terletak di bawah bayang-bayang batu menjulang tinggi, seperti kehidupan di era Byzantine, Ottoman, dan Venetian di abad ke-13.

Monemvasia mula didiami sekitar abad ke-6 oleh penduduk Laconia kuno, di mana mereka mencari perlindungan dari penjajah Slavia yang mendominasi sebahagian besar Yunani, antara 500 hingga 700 Masehi.

Pulau berbatu ini sendiri, dipisahkan dari tanah besar oleh gempa bumi pada tahun 375. Selama beberapa abad berikutnya, Monemvasia berganti kepimpinan lagi dan lagi, antara Venice dan Turki, hingga dibebaskan selama Perang Kemerdekaan Greece pada awal abad ke-19.

Nama Monemvasia berasal dari dua kata Yunani, emvasia yang bererti satu pintu masuk yang merujuk pada jalan sempit yang merupakan satu-satunya jalan untuk memasuki bandar.

Pulau ini pada mulanya menetap di atas dataran tinggi, yang sekarang disebut sebagai "Kota Atas". Secara beransur-ansur penempatan menyebar menuruni bukit, dan berkat kedudukannya unik sehingga dipertahankan, dan berkembang menjadi sebuah bandar yang makmur.

Pada masa Empayar Byzantium mulai meredup, Monemvasia menjadi bandar utama dan salah satu pusat bandar komersial yang besar dari dunia Byzantium dan pelabuhan dagang utama, dengan penduduk 40.000.

Perlahan-lahan, bandar ini menjadi sangat penting, kali ini sebagai destinasi pelancongan. Hal ini dilihat dengan peningkatan jumlah pelancong yang berkunjung ke kawasan itu, selama musim panas. Bangunan abad pertengahan menjadi tujuannya, dan banyak dari mereka dijadikan hotel dan tempat makan yang romantis.











1 comments:

  1. Wahhh...cantik... teringin nak pergi lihat

    ReplyDelete

Followers

networkblogs