Wednesday, 9 August 2017

Filled Under:

Letusan Aneh Gunung Berapi Ontake.


 Gunung Ontake di Jepun yang meletus secara tiba-tiba dianggap sebagai fenomena yang sangat jarang berlaku. Sehingga tidak mungkin untuk sempat mengambil langkah-langkah pencegahan.

Selepas 35 tahun tanpa letusan besar, gunung berapi setinggi 3067 meter di Jepun meletus secara tiba-tiba. Gunung Ontake yang popular di kalangan pendaki tersebut memuntahkan debu, batu dan wap.

Dalam perbincangan dengan pejabat berita AFP, Jacques-Marie Bardintzeff dari Universiti Paris-Sud Orsay dan Cergy-Pontoise mengatakan erupsi mendadak semacam itu jarang berlaku. "Biasanya, gunung berapi menjadi aktif selepas 30 atau 40 tahun, ada pertandanya 24 hingga 72 jam sebelum letusan. Pergerakan magma dan mikro-seismik tercatat. Ada perubahan suhu."

Tanpa amaran
Biasanya ada cukup masa untuk memberi amaran kepada mereka yang tinggal di kawasan sekitar untuk berevakuasi atau menutup akses ke wilayah pelancong disana. Demikian jelas Bardintzeff.

Erupsi Ontake yang diduga menggorbankan lebih dari 30 orang, tidak hanya terjadi secara tiba-tiba tetapi juga berbahaya kerana meletus  dipenuhi banyak pendaki dan pelancong.

"Gabungan faktor-faktor tersebut mengubahnya menjadi sebuah bencana," kata Bardintzeff. Ia menambah, ada penjelasan berbeza yang menyebabkan letusan mendadakan tersebut. "magma boleh mencari celah yang memungkinnya naik ke atas dengan satu gerakan. Ini sangat jarang berlaku."

Jenis erupsi berbeza?
Ada juga jenis erupsi lain yang disebut hidrovukanik atau freatomagmatik. "Sering ada air di dalam gunung berapi. Jika magma naik bersama dengan gelombang panas, air boleh menguap dengan cepat dan menyebabkan tekanan tinggi seperti di dalam panci presto. Jika tekanan lebih besar dari kekuatan tanah di atasnya, semua batuan akan menjadi serpihan-serpihan yang dikenali sebagai bom gunung berapi, "jelas Bardintzeff.

Jenis erupsi ini berbahaya kerana terjadi dengan cepat, tanpa ada petanda nyata akan apa yang terjadi selanjutnya. Tanpa peralatan seismologi yang lebih canggih "kita tidak berdaya," menghadapi kes seperti di Jepun, kata Bardintzeff. Untuk saat ini belum ada penjelasan rasmi akan penyebab letusan yang berlaku secara tiba-tiba di Jepun.

 







0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs