Friday 18 August 2017

Filled Under:

Pertarungan Gajah dan Buaya Yang Belum Dilihat


Buaya mempunyai kuasa di air, maka tidak salah jika banyak mangsa yang menjadi mangsanya apabila dekat dengan air. Cara menyerang mangsanya yang diam-diam, membuat buaya selalu berjaya menakluk mangsa.

Saiz terkadang bukan menjadi masalah, bagi haiwan dengan rahang terkuat di dunia haiwan ini. Apapun yang dekat dengan air, akan mereka sergap, apalagi jika buaya tersebut memang sedang kelaparan, bahkan gajah bersaiz besar pun hendak dimangsanya.

Kejadian ini terlihat di salah satu sungai di Afrika. Seekor buaya raksasa nampaknya telah menyerang dan menggigit, haiwan yang mempunyai saiz lebih besar darinya. Namun apakah usahanya tersebut akan berjaya, atau gagal total?

Mamalia besar tersebut seolah-olah sedang menikmati mandi sore, dengan kawanannya di sebuah lubang berair di Sabi Sands, Afrika Selatan.

Namun saat cuba meninggalkan air, buaya besar menggigit belalainya sangat kuat.

Pelancong yang sedang bersafari melihat gajah tersebut ketakutan, sambil membunyikan suara khas terompet dari belalainya yang sangat kuat, dan ia berusaha melepaskan gigitan buaya yang sangat kuat itu.

Pertarungan tersebut cukup lama, namun dengan menggunakan kaki, gajah berusaha memijak buaya yang sedang menggigit.

  Ashley Lewis,  berusia 31 tahun, dari Michigan AS, menangkap foto pertarungan sengit dengan kamera beliau selama perjalanan tersebut yang berlangsung bulan Disember.

"Kami telah duduk di trak kami di tepi sungai. Tiba-tiba, kira-kira 300 meter hulu kami mendengar bunyi kuat dan suara panik dari seekor gajah tua. Awalnya sukar untuk tahu kenapa dengannya, tetapi apabila ia mengangkat belalainya, ada buaya besar sedang menggigit, "kata Ashley.

Dalam pertarungan tersebut, gajah terluka di belalainya, namun pemandu mengatakan jika gajah tersebut boleh sembuh . Sedangkan buaya mungkin telah menderita luka yang lebih serius, kerana pijak oleh makhluk terbesar di daratan.










1 comments:

Nuffnang Ads

Followers