Tuesday, 8 August 2017

Filled Under:

Rumah Pokok Seakan Cerita Dongeng

Arkitek Jepun, Terunobu Fujimori telah membina sebuah rumah pokok dengan bentuk seperti rumah dari sebuah cerita dongeng di Hokuto, Jepun, yang sangat sesuai untuk melihat  keindahan bunga sakura.

 Dibina untuk Muzium Kiyoharu Shirakaba, struktur ini dikelilingi oleh pokok-pokok bunga sakura. Rumah unik ini dibina di atas batang pohon cemara yang cukup kukuh untuk menahan ribut dan gempa bumi.

Reka bentuk  rumah menyerupai rumah dari cerita dongeng dengan dalaman moden dan sederhana dan aksen kayu yang hangat.
 








0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs