Wednesday 13 September 2017

Filled Under:

Haiwan Aneh Ini Sangat Comel



Para pecinta haiwan biasanya akan gembira saat melihat bayi kucing atau pun anjing yang lucu. Namun, siapa yang menyangka kalau ternyata ada bayi haiwan lain yang boleh "mengalahkan" kecomelan anak kucing atau pun anjing.

Baru-baru ini, netter di Jepun dihebohkan dengan gambar bayi haiwan laut yang tersebar di internet. Adalah Sea Squirt, haiwan laut yang biasanya hidup di antara terumbu karang. Haiwan yang satu ini biasanya hidup berkelompok dan akan kelihatan seakan sedang "menari" mengikuti arus lautan.




Netter di Jepun tiba-tiba digemparkan dengan beredarnya foto bayi Sea Squirt yang ternyata sangat berbeza jika dibandingkan dengan Sea Squirt yang sudah dewasa. Sebabnya, bayi Sea Squirt tersebut kelihatan seperti mempunyai wajah di dalam watak kartun.

Dalam foto-foto tersebut, kelihatan bayi Sea Squirt mempunyai dua titik yang kelihatan seperti mata manusia. Di bawah mata tersebut, nampak bulatan besar yang jika dilihat-lihat, mirip seperti mulut yang sedang ternganga.

Uniknya, bayi Sea Squirt ini nampak hidup berkumpul sehingga kelihatan seperti kumpulan wajah yang sedang ternganga. Netter pun terus menilai bayi Sea Squirt tersebut adalah yang paling comel di lautan kerana kelihatan seperti berkumpulan kanak-kanak yang sedang menyanyi bersama.




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers