Sunday, 17 September 2017
Filled Under:
info kesihatan
Kulit Lebih Cantik dan Halus Dengan Bawang Putih.
Posted By:
zamri spoon
on 09:00
Kulit yang halus dan juga sempurna adalah idaman setiap wanita. Oleh itu pelbagai rawatan pun cuba dilakukan demi untuk tampil cantik lagi mempesona. Tidak jarang para kaum hawa harus mengeluarkan wang yang begitu banyak demi memiliki wajah yang cantik dan kulit yang halus serta sihat.
Daripada menghabiskan banyak wang demi rawatan yang masih belum jelas keselamatannya kamu boleh cuba cara semulajadi ini . Yang perlu anda siapkan adalah bawang putih. Selain menyedapkan masakan dan juga ampuh untuk mengubati pelbagai penyakit, bawang putih juga boleh anda manfaatkan untuk menghaluskan kulit .
Bawang putih juga mengandungi komponen zat organosulfur yang bernama allicin. Zat ini mempunyai kemampuan untuk melicinkan dan melembutkan tekstur kulit, serta mampu membantu menghilangkan stretch-marks.
Yang perlu anda lakukan adalah dengan mencampurkan sedikit bawang putih pada topeng muka. Sapukan dan diamkan hingga kering. Lalu bilas dengan air bersih. Pemakaian yang teratur akan membuat kulit wajahmu makin halus dan cantik.
Semoga maklumat ini bermanfaat .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment