Saturday, 14 April 2018

Filled Under:

Roda Ferris Terbesar di Dunia


Amerika Syarikat - Sebuah roda Ferris terbesar di dunia akan mula dipasang di tempatnya di sini .

Menurut jurucakap syarikat Caesars Entertainment Corp. Christina Karas, projek raksasa setinggi 55 tingkat itu kini dapat dilihat dari seluruh bandar termasuk lapangan terbang.

"Roda Ferris Las Vegas ini akan mengambil masa 30 minit untuk melakukan satu pusingan.

"Harga tiket roda ini juga akan berbeza daripada roda Ferris di London. Harga tiketnya adalah AS$30 (RM98)," katanya.

Pada awal tahun depan, roda gergasi tersebut akan dilengkapi 1,500 lampu LED dan mula berpusing perlahan-lahan.

Roda itu bakal mempunyai ketinggian 30 meter lebih tinggi berbanding buaian gergasi London Eye yang dibuka pada tahun 2000, sembilan meter lebih tinggi daripada Bintang Nanchang di China yang dibuka pada tahun 2006 dan 2.7 meter lebih tinggi daripada Singapore Flyer yang dibuka pada 2008.

"Ia bakal menjadi sebuah ikon. Ia juga bakal menjadi satu lokasi kunjungan anda ke Las Vegas sama ada anda menaikinya atau tidak," kata Pengarah Projek, David 









0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs