Wednesday 15 May 2019

Filled Under:

Kampung Ini Kaum Wanita Semuanya Berpoligami.



Sebuah kampung di Colorado Amerika Syarikat mendapat sebutan Perkampungan Poligami. Disebut demikian kerana hampir semua lelaki yang ada di kampung ini berpoligami! Aneh bukan?

Di mana pun di dunia ini, jarang ada wanita yang mahu jika suaminya berpoligami. Namun tidak demikian di
kampung ini. Para gadis di kampung ini justru ingin berkongsi suami apabila berkahwin kelak.

Meskipun hukum Amerika melarang berpoligami dan menganggapnya sebagai kejahatan, tetapi bagi 1200 penduduk di Centennial Park, berpoligami menjadi impian. Mungkin ada yang bersikap sederhana di tengah kontroversi soal poligami, bahawa orang berpoligami merupakan pilihan dan kesepakatan. Bahkan di AS yang menegaskan bahawa poligami adalah kejahatan, amalan rumah tangga dengan dua atau beberapa cinta ternyata tetap ada.

Ada banyak sebab mengapa para lelaki di
kampung ini berpoligami. Berbeza dengan majoriti penduduk AS, mereka menyebut komunitinya All-American Families (Keluarga Amerika Seluruhnya), dalam erti sebenarnya. Seperti Ariel Hammon, 32, yang berkahwin dengan Helen, 30, yang memberinya tujuh orang anak, kemudian menikahi Lisa, 20, yang memberinya dua anak. Bagi Ariel dan dua isterinya berpoligami bererti menambah tenaga kerja untuk membina rumah-rumah baru.


Penduduk di Centennial Park pernah membina rumah baru di dekat rumah utama hanya dalam masa dua hari. Itu kerana banyak anak, banyak sukarelawan, kata Ariel kepada ABCNews.

Cemburu kerana cinta berkongsi? "Kami tidak pernah memikirkannya, justru ini yang saya impikan sejak dahulu". kata Helen, yang bekas pelajar Ariel. Begitu juga Lisa yang mengatakan: "Saya tidak masalah Ariel sudah berkahwin, itu saya anggap bonus". tambah Lisa.

Berbeza dengan kebanyakan masyarakat Amerika yang lain, penduduk kampung ini masih menganggap pantang larang soal seks. Beberapa orang yang ditanya soal seks mengaku risih. Menurut mereka, para remaja harus tetap menjaga keperawanan dan dilarang berciuman sebelum menikah. Dan di tengah tergerusnya moral akibat merebaknya seks bebas di AS, Centennial Park cenderung tertutup dan curiga dengan orang asing. "Kerana agama melarang (seks sebelum berkahwin)". kata seorang penduduk.

Seorang remaja perempuan, Michelle misalnya berharap suatu hari keperawanan akan memberinya orang yang tepat. Tidak masalah sama ada calon suami saya punya enam atau tujuh isteri.

"Lelaki bukan milik kami, kami juga tidak boleh menguasainya. Sebanyak apa pun isteri yang diinginkannya, tidak masalah selama itu kehendak Tuhan", kata Michelle.

Ariel menilai yang terpenting adalah menjaga keutuhan rumah tangga dan mengasuh anak-anak sehingga seks bukan keutamaan. Untuk seks, harus mencuri waktu kerana banyak anak di rumah. Tetapi seks adalah ekspresi cinta.






1 comments:

Nuffnang Ads

Followers