Sunday 25 November 2012

Filled Under:

fuyo!! Budak putus tangan dikisar mesin perah santan





Nik Nur Aiza merenung hiba anaknya, Aisy Mirza Mahadi yang putus tangan kiri akibat termasuk ke dalam mesin pemerah santan dalam kejadian di sebuah kedai di Kok Lanas, Kelantan, semalam. - utusan/Aizzul A.Majid

KOTA BHARU 23 Nov. - Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun putus tangan kiri selepas dikisar mesin pemerah santan di kedai tempat ibunya bekerja di Kok Lanas dekat sini semalam.

Kejadian kira-kira pukul 4 petang itu berlaku ketika mangsa, Aisy Mirza Mahadi yang menemani ibunya, Nik Nur Aiza Rozali, 26, dikatakan memanjat kerusi untuk melihat ke dalam mesin berkenaan dan ketika itulah tangannya termasuk ke dalam bahagian pengisar.

Nik Nur Aiza berkata, ketika kejadian dia sedang mencuci sebahagian perkakas mesin tersebut di paip air yang terletak di belakang kedai.

"Tiba-tiba ada orang panggil dan bagi tahu pasal anak tunggal saya itu. Saya tidak syak apa-apa tapi apabila saya sampai di mesin tersebut, alangkah terkejut apabila melihat tangan anak saya sudah tak ada.

"Lemah segala badan saya tetapi saya kuatkan juga untuk memangku Aisy Mirza dan membalut tangannya dengan kain," katanya ketika ditemui di Hospital Raja Zainab II (HRPZ II) di sini hari ini.

Menceritakan bagaimana kejadian itu boleh berlaku, Nik Nur Aiza memberitahu, ketika itu dia hendak membersihkan mesin dan pergi ke paip air tanpa menutup suis mesin terlebih dahulu.

Tanpa disedari sesiapa, Aisy Mirza dikatakan telah memanjat kerusi yang berada berhampiran mesin.

Kata wanita itu, Aisy Mirza tidak meraung mahupun menangis, cuma kedengaran mengerang dan memanggil namanya.

"Saya bersama seorang teman membawa Aisy Mirza menaiki motosikal untuk ke klinik di Kok Lanas dan Ketereh tetapi tak ada petugas dan ambulans di kedua-dua klinik tersebut. Dengan bantuan jiran saya membawa Aisy Mirza ke hospital," katanya.

Menurutnya, tangan Aisy Mirza tidak boleh disambung ekoran tulangnya telah hancur dan doktor difahamkan akan hanya menampal bahagian tulang yang tersembul.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Timur/20121124/wt_02/Budak-putus-tangan-dikisar-mesin-perah-santan#ixzz2DCWg4500
© Utusan Melayu (M) Bhd





0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers