Sunday 25 November 2012

Filled Under:

fuyo!! Shae minat Hafiz Suip

NAMANYA mungkin masih baru bertapak dalam industri nyanyian sama ada di negaranya, Indonesia mahupun Malaysia namun semangatnya sebagai anak seni tidak dapat dinafikan lagi.
Malah Shea yang kini berusia 22 tahun mengakui bahawa dia sebenarnya telah lama menyusun perjalanan seninya sebelum berada pada tahap yang dikecapi kini.
"Saya sebenarnya memang suka menyanyi dan minat itu sudah bermula sejak saya kecil lagi.
"Sehinggalah pada usia 15 tahun, saya mula merancang mengenai apa yang saya akan lakukan untuk jangka masa 10 tahun akan datang.
"Memang saya bersungguh-sungguh dalam perkara ini dan ibu saya juga memberikan sokongan dan galakan berterusan," jelasnya ketika ditemui baru-baru ini.
Kerja kerasnya nyata berbaloi apabila lagu bertajuk Sayang yang didendangkan semakin mendapat tempat di Indonesia dan kini mula diminati di negara ini.
Lagu tersebut merupakan lagu yang mendapat perhatian dalam album pertamanya, The First selain lagu Kok Telfon Telfon Sih.
Berkat daripada kesabaran dan juga bakat yang dimilikinya, akhirnya Shae atau nama sebenarnya Sheryl Gething ditemukan dengan Posan Tobing iaitu pemain drum Winner Band.
"Selepas kira-kira setahun berkerjasama bersama Posan, dia bersetuju untuk menerbitkan album pertama saya," tambah gadis cantik berdarah kacukan Australia-Riau itu.
Sebagai pendatang baru dalam dunia hiburan, Shae optimis mengenai persaingan yang berlaku di dalam industri baik di Indonesia mahupun Malaysia.
"Bagi saya, persaingan itu sesuatu yang sihat dan kami sememangnya menghormati antara satu sama lain.
"Selain itu, saya juga bisa (boleh) menerima kritikan. Setiap kritikan itu sebenarnya membuatkan kita menjadi lebih baik dan membuatkan kita lebih matang," jelas bintang yang semakin menyinar di bawah syarikat rakaman Warner Music ini lagi.
Mengakui belum lagi mempunyai kekasih hati, Shae mengatakan ada perkara yang lebih penting daripada percintaan.
"Buat masa ini, saya mahu memenuhi impian saya untuk berjaya dalam bidang ini dahulu.
"Selain itu, buat masa ini biarlah masa yang saya ada diluangkan bersama rakan-rakan dan juga keluarga," katanya.
Sebelum mengakhiri bicara, Shae sempat menyatakan rasa kagumnya terhadap keindahan negara ini serta turut menyatakan keinginannya untuk mengenali Hafiz Suip yang terkenal dengan lagu Awan Nano dengan lebih dekat.
"Jujurnya saya kagum dengan Hafiz. Lagi pun lagu yang dinyanyikannya seperti Ombak Rindu dan Awan Nano sedang diminati di Indonesia."
"Bagus juga jika dapat mengenalinya dengan lebih dekat. Teringin juga mengenali sisi Hafiz selain daripada seorang artis," kata Shae penuh harapan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20121121/hi_03/Shae-minat-Hafiz#ixzz2DCUxRV00
© Utusan Melayu (M) Bhd 

0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers