Kawasan Gangnam terkenal setelah diangkat penyanyi Korea Selatan, Psy. |
Lelaki berusia 33 tahun yang disebut Yoon itu dituduh menghantar dana dari syarikat elektronik ke enam akaun bank rahsia. Ia dilaporkan bersenang-senang selama 10 hari di bar-bar kawasan Gangnam di ibu kota Seoul dan menarik dana banyak untuk pelbagai perkara termasuk membeli kereta Mercedes.
Polis mengatakan Yoon menjalani pembedahan plastik sehingga polis tidak dapat menjejakinya. Namun detektif berjaya mengejarnya setelah menangkap dua lelaki yang membantu ia bersembunyi termasuk meminjamkan rumah dan telefon bimbit.
Identiti dan Wajah Baru
Yoon keluar dari syarikatnya awal Januari dan menghabiskan ratusan juta won di bar-bar kelas tinggi di Gangnam. Ia menjalani pembedahan plastik di bandar Gwangju dan keluar dengan kad pengenalan baru.
Yoon benar-benar berubah apabila ia ditangkap, kata jurucakap polis kepada agensi berita AFP. "Hidup dan matanya berubah, dan keseluruhan wajahnya juga berubah drastik," kata jurucakap polis itu.
Kawasan Gangnam menjadi terkenal di dunia selepas rapper Korea Selatan Psy mempopularkan lagunya Gangnam Style, dengan video berlatar kawasan mewah di Seoul
SUMBER;-
0 comments:
Post a Comment